KBS klinik OHD bukit serdang logo

Vaksin Haji dan Proses yang Perlu Anda Tahu

pemeriksaan haji di klinik bukit serdang

Sudahkah anda menerima panggilan haji daripada THIjari, tapi sampai sekarang masih runsing tak tahu bagaimana nak buat pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi haji yang wajib tu. Bukan apa, ada jemaah yang tak berapa faham persiapan sebelum pergi haji yang sebenarnya.

Persiapan menunaikan haji bukan hanya tentang sejumlah wang yang perlu dicukupkan di akaun TH atau barang apa yang perlu dibawa untuk kegunaan berhari-hari di sana, tetapi lebih penting lagi adalah bagaimana proses pemeriksaan, persediaan dan risiko kesihatan kita selama berada di sana kelak.

Jemaah haji yang perlu faham dahulu flow atau proses persiapan haji yang sebenar. Baru tahu apa perkara penting yang perlu dibuat dahulu. Ramai risau bila terfikirkan perlu sediakan dokumen, buat ujian pemeriksaan kesihatan , vaksinasi dan sebagainya.

Bukan apa, kadang-kadang tak tahu caranya. Jangan risau, ini adalah panduan lengkap proses haji yang meliputi persediaan wajib sebelum menunaikan haji.

Salah satunya adalah proses pemeriksaan kesihatan dan proses vaksinasi yang sangat penting dilakukan oleh bakal jemaah.

Jemaah ingin mendapatkan vaksin haji dan melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Bukit Serdang

Proses Haji Di Malaysia

Jom lihat sedikit panduan proses haji di Malaysia langkah demi langkah. Uruskan satu per satu proses haji ini bermula dari pendaftaran haji sehinggalah selesai urusan penerbangan ke tanah suci.

Pendaftaran Haji
Pemilihan Kelayakan
Bimbingan Haji
Pemeriksaan Kesihatan
Urusan Pasport
Jadual Penerbangan haji
Urusan Visa
Penerbangan ke Tanah Suci
Ketibaan di Tanah Suci

Sebelum proses pemeriksaan kesihatan dan panduan vaksin haji, ada yang masih berada di fasa pendaftaran dan semakan?

Nak mudah, guna aplikasi THiJARI sahaja untuk semak status pendaftaran haji. Tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat di portal THiJARI. Jika tidak berjaya, jangan risau. Ada caranya.

Baru-baru ini, Doktor Reezal ada berkongsi kisahnya yang membuat proses rayuan haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim haji yang lalu. Selain dari engage dengan PJH, siap sedia dengan aplikasi THiJARI juga. Apabila proses rayuan haji sudah dibuka, cepat-cepat buat rayuan.

Bagi bakal jemaah haji yang berjaya, tahniah diucapkan!

Persiapan Menunaikan Haji

Wajib ambil tahu proses haji kalau dah terima panggilan haji. Bukan apa, persediaan sebelum pergi haji kena buat awal-awal. Kalau lambat, takut kalut nanti.Persiapan Kesihatan Menunaikan Haji

Proses haji memerlukan kita buat persediaan dari segi fizikal, mental dan rohani juga. Pergi haji bukan untuk berseronok santai-santai, tetapi untuk menunaikan ibadah haji bersungguh-sungguh.

Antara persediaan menunaikan haji yang sangat penting adalah perlu fahami ibadah itu sendiri, wajib melakukan pemeriksaan kesihatan, suntikan dan juga uruskan pasport untuk penerbangan ke tanah suci.

Paling penting adalah mengambil vaksin yang diwajibkan oleh Kementerian Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi. Ini merupakan prasyarat wajib dan kemungkinan besar anda akan gagal mendapat kelulusan Visa menunaikan haji.

Perdalamkan Ilmu Pelaksanaan Ibadah Haji

Apabila menjadi bakal jemaah haji, penting untuk dapatkan bimbingan haji bagi memudahkan segala urusan ibadah dan fokus haji yang mabrur. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda lakukan untuk mendalami ilmu ibadah haji.

Kursus Haji

Anda boleh mendaftar dan hadir ke kursus haji (Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji) yang dianjurkan oleh Tabung Haji atau agensi lain yang bertauliah. Peserta kursus haji ini bukan untuk bakal jemaah haji sahaja, tetapi turut terbuka kepada orang ramai yang ingin belajar mengenai ibadah haji.

Jika anda ingin mengulang kaji kursus-kursus yang lalu, anda boleh melayari laman youtube official Tabung Haji.

Kelas Bimbingan Haji

Ada juga kelas bimbingan haji yang dianjurkan oleh agensi luar. Selain kelas fizikal, anda boleh melengkapkan diri dengan memahami ilmu-ilmu ibadah haji melalui menonton video, ceramah, membaca buku ibadah haji dan banyak lagi.

Pengalaman Orang Yang Pakar / Jemaah Haji Terdahulu

Sekiranya ingin nasihat atau cerita yang lebih praktikal, tanya sahaja kepada mereka yang telah berpengalaman. Pentingnya untuk kita bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani supaya dapat menjalankan tanggungjawab ibadah haji dengan sebaiknya.

Anda juga boleh melayari channel-channel youtube mutawif-mutawif atau jemaah haji sebelum ini untuk mengetahui situasi sebenar yang bakal dihadapi semasa operasi masyair.

Sediakan Dokumen Haji Yang Lengkap

Persiapan menunaikan haji juga adalah pastikan dokumen wajib untuk anda menjejakkan kaki di tanah Arab Saudi ini lengkap. Proses haji ini sangat mencabar dimana anda perlu memastikan dokumen haji anda lengkap semuaya.

Mendapatkan dokumen, salah satu proses sebelum menunaikan haji ini tidaklah sukar seperti yang anda bayangkan. Sekejap sahaja dah boleh selesai, terutamanya proses pemeriksaan kesihatan dan suntikan yang wajib dilakukan.

Antara dokumen haji yang perlu disediakan:

Passport

Kad Pengenalan

Gambar Visa latar belakang putih

Dokumen Pendaftaran Haji

Vaksinasi Wajib Haji seperti Meningococcal (semua jemaah), Influenza dan Covid-19 (untuk individu berumur >65 tahun, comorbid dan imuniti rendah)

Laporan kesihatan (jika mempunyai penyakit kronik) – sekarang dalam bentuk digital dan diupload ke MySejahtera jemaah oleh doktor pemeriksa yang dilantik.

Dokumen Perhubungan yang disahkan (sekiranya pergi bersama mahram)

Pengambilan cap jari menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio Visa Haji (diurus Tabung Haji) Insurans Takaful jika anda memerlukan perlindungan tambahan terutama jika anda akan melakukan ziarah keluar Tanah Suci seperti ke Taif.

Pastikan semua dokumen di atas lengkap dan siap disahkan jika perlu. Simpan semua dokumen dalam keadaan selamat. Selain dokumen haji, pastikan anda jelas dengan jadual perjalanan pergi balik serta penginapan dan pengangkutan di sana.

Pemeriksaan Kesihatan Haji

Tujuan pemeriksaan kesihatan haji dilakukan adalah untuk memastikan jemaah haji sihat dari segi fizikal dan mental sebelum berangkat ke tanah suci. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan samada di klinik klinik kesihatan atau klinik swasta yang berdaftar dengan Tabung Haji.

Senarai doktor dan klinik boleh didapati di halaman web https://www.tabunghaji.gov.my/ms/senarai-tempat-pemeriksaan-kesihatan.

Mulai tahun haji 2025 jemaah haji tidak akan menerima Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH). Semua hasil pemeriksaan akan diupload oleh doktor yang dilantik ke aplikasi MySejahtera untuk memudahkan dan mempersiapkan pasukan kesihatan KKM / Tabung Haji di tanah suci.

Jadi amatlah penting semua jemaah mempunyai telefon pintar dengan aplikasi ID MySejahtera sendiri, terutama jemaah lanjut usia yang sebelum ini menumpang ID MySejahtera anak-anak.

Disini saya juga ingin menerangkan bertapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan awal untuk memastikan keadaan kesihatan jemaah stabil sebelum pemeriksaan kesihatan sebenar. Lagi pula tempoh dari tawaran keluar sehingga waktu terakhir untuk menyelesaikan pemeriksaan kesihatan adalah pendek.

Proses Pemeriksaan Kesihatan Haji

Proses Pemeriksaan Kesihatan Haji Proses pemeriksaan kesihatan haji yang dilakukan hanya seperti berikut:

Mengambil sejarah penyakit terdahulu: Jemaah haji perlu menerangkan semua penyakit yang mereka hidapi, termasuk sejarah pembedahan, sejarah kemasukan ke hospital, menyenaraikan semua ubat yang sedang dimakan dan riwayat alahan/allergy.

Pemeriksaan fizikal umum: Berat badan, tinggi, Body Mass Index (BMI), Pain scale (skala kesakitan)

Tanda vital: Tekanan darah, kadar nadi, pernafasan, paras oksigen (SpO2) dan suhu badan.

Pemeriksaan khusus: Sistem saraf, thyroid, kardiovaskular, dan respiratori.

Penilaian mobiliti: Functional class, modified Rankin scale dan 30 second Sit to Stand.

Penilaian mental: Early Cognitive Assessment Questions (ECAQ) & SSKM 20 Ujian makmal wajib: Paras haemoglobin, gula darah.

Pemeriksaan tambahan: X ray dada wajib untuk mereka yang mempunyai;

  • Batuk > 2 minggu, dan ada simptom TB
  • SpO2 < 95% room air
  • Comorbid – kencing manis, umur >60 tahun, HIV, COPD, imuniti rendah

ECG / elektrokardiograf wajib untuk jemaah yang mempunyai;

  • Umur > 40 tahun
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Gejala sakit dada
  • Degupan jantung tak teratur

Pemeriksaan darah tambahan Pemeriksaan darah lengkap (FBC) Jika anemia dengan Hb < 12 g/dL)

  • Renal profile / Fungsi Ginjal
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Penyakit ginjal (CKD) Pemeriksaan kehamilan (UPT) jika episode haid terakhir (LMP) > 4 minggu * hanya untuk mereka yang dalam usia reproduktif

Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan Haji

Q: Adakah medical check-up haji ini wajib dilakukan?

A: Pemeriksaan kesihatan salah satu syarat wajib untuk mendapatkan kelulusan visa menunaikan ibadah haji. Apa sahaja penyakit yang anda hidapi, jujur sahaja kepada pegawai perubatan, terus lakukan pemeriksaan awal kesihatan haji.

Antara sebab penting kenapa pemeriksaan kesihatan haji wajib dilakukan:

a – Mengetahui tahap kesihatan bakal jemaah haji dan status penyakit yang dihadapi oleh bakal haji (jika ada) serta cara menguruskan risiko.

b – Memastikan jemaah haji sihat dari segi fizikal, mental dan mempunyai comorbid yang stabil sehingga dapat menjalani ibadah dengan lancar.

c – Menguruskan bakal jemaah haji yang memerlukan rawatan dan perubatan sepanjang berada di tanah suci termasuk mempersiapkan tenaga kesihatan dan penyediaan ubat-ubatan oleh pihak KKM dan Tabung Haji.

Sekiranya pemeriksaan kesihatan anda telah lengkap, anda perlu dapatkan suntikan vaksin haji pula.

Q: Apakah Vaksin Haji Yang Wajib Dan Pilihan?

A: Vaksinasi wajib untuk musim haji 2025 adalah Meningococcal (semua) dan Influenza / Covid 19 terkini (untuk kes tertentu). Vaksinasi pilihan adalah Pneumococcal.

Vaksinasi haji sangat penting untuk melindungi jemaah haji. Ini mengingat sepanjang proses haji, jemaah akan berhadapan dengan berjuta jemaah lain dari seluruh dunia. Sering jemaah perlu berdesak-desakan semasa melakukan ibadah, dan ini meningkatkan risiko jangkitan penyakit terutama yang melibatkan saluran pernafasan.

Q: Dengar kata, umur 65 tahun memang wajib ambil vaksin ini?

A: Semua bakal jemaah haji wajib ambil suntikan Meningococcal. Untuk mereka yang diatas 65 tahun, mereka yang mempunyai comorbid dan imuniti rendah wajib mengambil vaksin influenza dan covid 19 terkini. Pendek kata, kalau tak ambil vaksin ini, tak dapatlah menunaikan haji.

Q: Adakah Bahaya Tak Ambil Suntikan Vaksin Haji?

A: Setiap suntikan ada risikonya, tetapi resiko yang dihadapi jika dijangkiti penyakit di tanah suci adalah lebih berbahaya.

Q: Risiko Kepada Sesiapa Sahaja Jika vaksinasi Tidak Diambil?

A: Penyakit berjangkit yang terkena semasa di tanah suci bukan sahaja berbahaya kepada jemaah tetapi juga berbahaya kepada keluarga apabila jemaah kembali ke kampung halaman setelah menunaikan haji.

Sebagai contoh jangkitan meningitis yang diakibatkan oleh kuman meningococcal dapat dengan mudah berjangkit kepada keluarga terdekat. Terutama kepada mereka yang mempunyai imuniti rendah.

Q: Apakah faktor lain yang menyebabkan jangkitan mudah merebak semasa menunaikan Haji?

A: Jumlah Jemaah Yang Ramai Dan Jangkitan Mudah Merebak. Vaksinasi haji ini sebagai pencegahan kepada jangkitan kepada otak dan paru-paru.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit dalam kelompok manusia yang ramai, terutama semasa berdesak-desakan keluar masuk masjid, melontar jamrah dan semasa ibadah tawaf dan saie.

Q: Apakah Pengaruh Cuaca Dan Suhu kepada kesihatan jemaah?

Suasana di Mekah dan Madinah sangat panas dan kering, suhu pada siang hari adalah sekitar 40°C hingga 50°C, manakala pada malam hari, suhu menjangkau sekitar 20°C, tetapi masih tetap terasa bahang. Namun, ia bergantung pada musim sepanjang tahun.

Dengan cuaca yang sangat ekstrem begini, lebih tinggi risiko penyakit terutamanya dehidrasi dan strok haba. Jemaah dinasihatkan sentiasa berteduh, keluar melakukan ibadah pada waktu-waktu yang disarankan, sentiasa minum untuk kekal terhidrat dan membawa bekalan air apabila kemana-mana.

Jemaah juga harus patuh kepada arahan pihak Tabung Haji terutama tentang slot waktu yang telah ditetapkan untuk melontar supaya tidak terjadi kesesakan. Dehirdasi boleh mempengaruh imuniti jemaah dan memudahkan jemaah jatuh sakit.

Q: Apakah Kesan Utama Selepas Suntikan Vaksin Haji Dibuat?

1. Dapat Selamatkan Ramai Nyawa

Tak sangka ini kesan utama selepas suntikan.

Jujur, memang tak sangka suntikan ini memang betul-betul mengurangkan risiko penyakit berjangkit dengan ramai orang di sana.

Penuh manusia dari seluruh negara, semuanya bernafas dan berkongsi ruang udara yang sama setiap hari. Takkan kita nak hadap dan terima penyakit macam tu saja?

2. Cegah Diri Dari Terkena Penyakit

Vaksin yang disuntik akan mengurangkan risiko penyakit berjangkit sepanjang selama mana kita menjalani ibadah di sana. Jika tak ambil langkah pencegahan yang selamat ini, cuba bayangkan hari-hari anda di sana dengan simptom influenza yang tiba-tiba terjadi.

Dekat tempat yang jauh, nak menghadap sakit lagi. Apa akan jadi pada ibadah haji kita dan masa kita di sana? Ditambah pula dengan perasaan ahli keluarga yang sangat risaukan kita.

Syukur sangat bila kita pergi haji dalam masa yang sama dapat melindungi diri dan orang lain. Akhirnya kita dapat mencegah penyebaran penyakit kepada mereka yang tidak bersalah.

3. Selamatkan Wanita, Kanak-Kanak Dan Warga Tua

Vaksin yang selamat dan berkesan dalam mencegah jangkitan virus berbahaya ini akan menghalang penyebaran penyakit kepada orang sekeliling yang lemah dan juga kelompok yang terdedah seperti wanita, kanak-kanak dan juga warga tua.

Kalau kita tak suntik vaksin haji, apa agaknya nasib mak, nenek atau anak-anak kita yang lebih mudah terdedah dengan jangkitan virus?

Oleh itu, wajib kita mengambil vaksin yang telah ditetapkan untuk pergi haji.

Jenis Suntikan  Vaksin Haji 

Vaksin Haji Suntikan Meningococcal 

Suntikan Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) merupakan salah satu vaksin haji yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk melindungi jemaah haji dari penyakit berjangkit yang mudah merebak melalui udara atau hubungan rapat.

Jenis Suntikan Meningococcal

Antara jenis suntikan Meningococcal yang terlibat adalah Menveo, Menactra dan juga Nimenrix. Vaksin khas untuk menunaikan haji ini perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perjalanan bagi tempoh masa sah vaksin.

Malah, ia juga sah selama 3 hingga 5 tahun. Namun, tempoh sah vaksin haji ini bergantung kepada jenis vaksin tersebut.

Boleh dikatakan proses haji atau persiapan sebelum haji ini sangat penting kerana bukti suntikan vaksin haji ini turut direkodkan dalam Buku Rekod Kesihatan Antarabangsa. Ia perlu disemak semasa proses permohonan visa nanti.

Ini adalah suntikan yang wajib dalam proses haji. Anda disarankan untuk mengambil suntikan Meningococcal ini dari kami iaitu dari Klinik Bukit Serdang. Klinik yang paling berpengalaman, pakar dan dipercayai dalam pemeriksaan kesihatan haji dan vaksin haji.

Jika ada bakal jemaah haji yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur, senang sahaja, terus pergi ke Klinik Bukit Serdang untuk vaksin haji dan pemeriksaan kesihatan haji anda tanpa perlu buat temu janji. Mudah sangat.


Vaksin Haji Influenza

Selain dari vaksin haji suntikan Meningococcal, vaksin haji influenza juga disarankan supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan selsema dan demam, terutamanya warga emas dan individu yang mempunyai penyakit kronik seperti asma atau diabetes.

Vaksin haji ini tidak wajib, tetapi ia sangat disarankan terutamanya kepada individu yang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Vaksin Covid 19

Sama seperti vaksin haji di atas, ia juga pilihan. Dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan Covid 19 sepanjang melaksanakan haji di tanah suci. Jemaah  disarankan untuk mendapatkan booster dan dos terkini vaksin Covid 19 ini.

Vaksin Haji Pneumococcal

Selain suntikan Meningococcal, vaksin Pneumococcal juga sangat disarankan kepada bakal jemaah terutamanya warga emas atau individu yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah, terutamanya mereka yang sangat berisiko tinggi terkena komplikasi paru-paru.

Individu yang berusia 50 tahun ke atas perlu mengambil vaksin ini terutamanya mereka yang merokok. Memandangkan radang paru-paru adalah penyakit utama yang sering berlaku di tanah suci Mekah, vaksin haji ini sangat-sangat penting.

Percaya atau tidak, penyakit berjangkit mudah merebak dalam kalangan jemaah, dan risikonya sangat tinggi kerana kita menghadiri perhimpunan terbesar manusia di dunia. 

Bayangkanlah berapa ramai sosok tubuh manusia berada di sana nanti.

Jika kita tidak sayang diri, keluarga serta orang sekeliling, tidak mengapa kalau hanya buat ala kadar sahaja. Sebaiknya, penting untuk periksa betul-betul mana satu keperluan yang perlu kita ambil.

Pemeriksaan Kesihatan dan Vaksin Haji di Klinik Bukit Serdang

Jangan menyesal di kemudian hari. Sekiranya nak dapatkan suntikan sebelum berangkat. Tapi jika anda ingin melihat pemeriksaan kesihatan haji dan suntikan vaksin haji yang terbaik untuk diri anda, datang sahaja ke Klinik Bukit Serdang.

Terutamanya jika anda berdekatan dengan Bukit Serdang, Selangor atau Kuala Lumpur, buat pemeriksaan kesihatan secara lengkap dan vaksin haji di Klinik Bukit Serdang.

Manfaat Suntikan Vaksin Haji Di Klinik Bukit Serdang

Pemeriksaan kesihatan haji di Klinik Bukit Serdang meliputi pemeriksaan yang menyeluruh iaitu pemeriksaan fizikal, konsultasi, pemeriksaan sel darah merah, jenis darah, ujian gula dan banyak lagi sehinggalah menerima laporan kesihatan yang lengkap. Anda juga boleh menambah medical check-up lain lagi yang anda inginkan.

Bagi vaksin haji di Klinik Bukit Serdang, bakal jemaah  boleh mendapatkan meningococcal, pneumococcal, influenza atau mengikut keperluan individu atas nasihat dari doktor klinik Bukit Serdang yang pakar dan berpengalaman menguruskan pemeriksaan kesihatan dan vaksin haji.

Doktor Perubatan Bertauliah Klinik Bukit Serdang

Pemeriksaan kesihatan haji dan vaksin haji akan dilakukan oleh doktor atau pegawai perubatan yang bertauliah di klinik Bukit Serdang. Pegawai perubahan klinik Bukit Serdang juga berdaftar dengan Tabung Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksa Kesihatan Bakal Haji (NPPKBH) serta sangat berpengalaman.

Konsultasi Vaksin Haji

Bukan sahaja konsultasi pemeriksaan kesihatan haji, tetapi Klinik Bukit Serdang juga memberi konsultasi vaksin haji kepada bakal jemaah. Lebih seronok bila anda sendiri faham dan mudah tahu informasi berkaitan kesihatan sebelum berangkat ke tanah suci.

Sebelum ambil vaksin pun, boleh tanya mana berkaitan kesihatan anda, boleh minta pandangan dan pendapat doktor untuk keperluan vaksin haji yang menjadi pilihan untuk kesihatan anda.

Seperti yang anda lihat perkongsian video kesihatan jemaah dari Doktor Reezal , beliau juga suka berkongsi tips kesihatan dan juga tips haji untuk anda yang akan ke sana. Boleh dapat ilmu menarik lagi.

Status Vaksin

Tak perlu ragu-ragu dengan vaksin lagi, terus datang buat vaksin haji di Klinik Bukit Serdang kerana vaksin di sini mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

Vaksin Haji di Klinik Bukit Serdang


Klinik Bukit Serdang menyediakan kemudahan ruang rawatan yang selesa, peralatan yang selamat dan bersih, buku vaksin percuma, serta memberikan layanan yang mesra dan profesional.

Servis klinik yang pantas juga memudahkan bakal jemaah haji yang datang. Tak hairanlah kalau ramai bakal jemaah haji dari Selangor dan Kuala Lumpur turut mendapatkan vaksin di sini.

Berapakah harga bagi Suntikan Vaksin Haji?

Harga suntikan Meningococcal untuk umrah dan haji bergantung kepada jenis vaksin itu sendiri. Ada juga harga suntikan Meningococcal untuk umrah haji yang telah dipakejkan secara kombo. Ia penuh penjimatan berbanding tempat vaksin yang lain.

Secara ringkasnya, pastikan ianya suntikan yang mengandungi bahan halal dan selamat. Ini dapat melindungi bakal jemaah dari sebarang risiko penyakit semasa menjalani ibadah nanti.

Anda boleh memilih sama ada ala cart atau pakej kombo untuk menjadikan harga suntikan Meningococcal haji yang lebih berbaloi.

Waktu Operasi bagi mendapatkan suntikan Vaksin Haji di Klinik Bukit Serdang : 

Klinik Bukit Serdang dibuka setiap hari, dari 8 pagi sehingga 2 petang untuk melakukan vaksin haji dan medical check up. Anda boleh terus walk-in ke klinik. Klinik Bukit Serdang sentiasa terbuka dan akan memastikan proses suntikan anda berjalan dengan sangat lancar.

Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan vaksin haji yang diberikan oleh klinik kami. Jangan bertangguh lagi, jom dapatkan terus perkhidmatan khidmat vaksin haji dan umrah dari Klinik Bukit Serdang hari ini.

Hubungi sekarang: 0172935977

Tekan WhatsApp: 0172935977

Alamat:

Klinik Bukit Serdang,
Lot B, G-40, Jalan PBS 14/1,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Facebook: Klinik Bukit Serdang
Instagram: Klinik Bukit Serdang

Jom baca juga:

Rapid Medical Examination
SHO Examination
Safety Site Supervisor Examination

pelanggan yang berpuas hati dengan servis klinik Bukit Serdang
testimoni pelanggan dri klinik bukit serdang
pelanggan mendapatkan rawatan dari Klinik Bukit Serdang

Tags

Share

    Other Articles You Might Be Interested In

    Quick & Easy: Book Your Clinic Appointment Today!

    Secure your preferred time for hassle-free medical care.